Pages

Friday, December 3, 2010

Menteri Datang. Semua boleh!

Hellooooo!!! Ohoooi!! Bertemu kembali! wahahaha. Kemana kah Si Da Niel menghilang?
Lama Tak berblogging? Lama Tak Komen Komen. Lama... tak lamaaa mah...ahaha.
Sebenarnyer Malas jer nak berblogging. Tapi sebab hari ni gua ter "rajin" skit. Gua kasi cite skit apa yang terjadi hari ini.

Hari ni..(Eh Bukan..) Minggu ni gua dgn rajin nyer mula bersenam. Alaa, jalan jalan and jogging. Dah tiga hari berturut-turut gua mengekalkan gaya hidup yg sihat ini (bangga seh!). Teringat pula lagu kat tv tu : "30 minit setiap sesi. Dalam Seminggu hanya tiga kali" hahaha.

So hari ini gua ke Taman Botani yg terkenal di Melaka. Taman Botani ini dulu dikenali sebagai hutan rekreasi. Tapi sebab dah di "face lift" so nama glamour nyer di tukar kepada Botanical Garden. Tempat ni memang sesuai untuk jogging2 and aktiviti riadah bersama keluarga.

Cut the story short. Sampai jer kat taman botani tiba tiba gua di stop pegawai Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (dulu dikenali sebagai Majlis Perbandaran Melaka Bersejarah).

Die tanya gua, "Nak kemana". Gua dgn blur nyer gua cakap, "Nak kedepan". Hahaha. Patut Gua cakap gua nak ke hutan kutip cendawan.  Dier pun cakap "Jalan ni tak leh nak lalu". Gua pun parking ar jauh skit.

Oh rupa rupa nyer ada menteri yg datang melawat Taman Botani ini. Ketua Menteri Melaka Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam bersama dgn Menteri Pelancongan Y.B Dato Sri Dr Ng Yen Yen. Patut la jalan ditutup, pegawai kerajaan pun banyak. Pertama kali seh nampak Dr Ng Yen Yen dari jarak dekat. (Ali Rustam tu dah beberapa kali dah nampak). 

Cut the story short again. Lepas Gua selesai berjogging dan bersenam. Gua pun on the way la nak balik ke moto EX Pie (5) gua.

Then Gua terdengar la skit perbualan mak cik, mak cik and pak cik, pak cik.

The aunty : You saw the toilet? Whoaaaa so clean...

The uncle : You see the newly put dustbin..

Setakat tu ler jer gua dengar. Tapi Gua telah membuat kesimpulan bahawa. Disebabkan ada menteri yg nak datang melawat. Dengan "Magika" nyer . Tandas yg kotor "ting!" menjadi kilat berseri seri! Tong Sampah yg dahulu nyer tiada "ting!" tiba tiba muncul. Bunga orkid yg dahulu nyer mati "ting!" bernyawa kembali. Maintainences semuanyer tip top!

Gua pun terangan angan skit kalau ler gua menteri ..ahaha.

Begitu la keadaan di Malaysia. Ada YB yg datang semua yg rosak boleh jadi baik. Macam monorail kat Melaka ni. Masa pengisytiharan Melaka sebagai negeri yg Maju (tarikh 20.10.2010) Monorail itu dengan "Magika" nyer beroperasi. Tapi Minggu Lepas Gua nak pergi try naik...tutup! Tak der org! Nampak Wayar wayar terkeluar dari monorail itu. Gua terfikir sejenak.. masa menteri datang jer ker beroperasi?

Tgh tulis blog ni gua teringat kata kata bekas perdana menteri kita yg dikasihi...Pak Lah. Masa tu dier datang kat uni gua (Universiti Malaysia Kelantan). Kalau tak silap inilah beliau cakap:

Bila ada lawatan sebegini. Tiba tiba ada pula bilik yg tak boleh masuk. Tiba tiba muncul bilik dalam maintanences. Gua paham maksudnyer tu. Beliau tgh menyindir sektor perkhimatan awan yg tidak mementingkan maintenence. Bila ada lawatan rasmi. Baru la nak tergopoh gopoh buat kerja last minute.

Ps: Manalah Parlimen Tak bocor. Semua buat kerja sambil lewa.

hahaha Peace out!

1 comment: