Pages

Sunday, February 27, 2011

Helooo!!!

Hello hello!!!

Lama sudah tidak ku update blog.

Kenapa? Aku saja yang tau..hahaha.

Just to update, baru saja sembuh dari deman + selsema + batuk.

Minggu ni presentation and exam at the same time. report submission. aduh!

Minggu lepas jadi photographer untuk event. hahaha walaupun amateur. ada juga yg mintak tolong.

Ni yg membakar semangat untuk berkecimpung dalam bidang photography ni.

Then ada org yg minta jadi pelakon. hahaha..

Makin interesting hidup ku ini..

Thursday, February 10, 2011

10.02.11

Ada apa dgn tarikh 10.02.11...

Ini lah tarikh lahir ku 24 tahun yg lepas...

Ingin ku ambil kesempatan ini untuk ucap Thank Q kepada rakan rakan yg telah menyambut hari lahir ku..

Terasa terharu bila ada yg mengingati..Tahun ini tahun akhir kita bersama...

Terasa sebak juga bila memikirkan yg tak lama lagi kita semua akan berpisah... semoga berjaya semua dan berjumpa lagi...

Walau apa pun ku akan tetap menghargai segala masa yg masih ada disini...

Ps: Thank you kepada Kamarul yg nak buat surprise tapi tak jadi. Thanks kepada Hong yg selamba surprise. Thanks kepada Asraf, Hasmizie. CK, Ganes, Wai Kit, and Sufian yg nk buat suspen masa hari jadi ku.

And thanks kepada si dia yg bertungkus lumus dalam membuat perancangan hari jadi ini..
Thank Q all!


Wednesday, February 9, 2011

Pernahkah..

Pernahkan anda terfikir...apa ertinye sambutan perayaan yang kita raikan...

Tidak kiralah, Hari Raya. Tahun Baru Cina atau Krismas dan lain-lain...

Adakah kita memahami maksud disebalik perayaan yang kita raikan..

Yang kita ghairah dalam menunggu ketibaanya....

Atau pun ianya hanya satu perayaan yg dikaitkan dgn cuti umum. Duit Raya. Angpau. Atau pun hadiah hadiah.

Hari Jadi begitu juga, sambutan kerana kita tua setahun? Atau pun sambutan untuk mengingatkan diri kita bahawa kita sudah meningkat dewasa dan perlu lah semakin matang dalam membuat keputusan. Ataupun sebagai medium untuk mengeratkan perhubungan antara keluarga dan rakan rakan..


Fikir fikirkan lah..

Monday, February 7, 2011

Penat..

Aku terasa amat penat sekali...


Bila ku pejam kan mata...

Terasa ingin tidur selamanya...

Adakah kerana aku penat...

Ataupun ianya salah satu cara untuk aku lari dari realiti...

Aku amat runsing...

Aku ingin membuat keputusan...

Tapi aku takut akan kesudahannya...

Sunday, February 6, 2011

Kepada Keluarga ku

Kepada Ibu,Ayah, Adik dan Nenek ku tersayang....
 
Jaga diri masing masing....

Akan ku pulang tak lama lagi....

Akan ku rindu kamu semua...

Sudah tiba masa untuk balik

Pejam celik pejam celik, Sudah tiba masanya untuk pulang ke kampus...

Perasaan di hati sukar digambar kan....

Tetapi terasa berat sangat untuk meninggalkan rumah sekali lagi...

Makin dewasa...makin banyak tanggungjawab...

Makin banyak keputusan  yang perlu dibuat sendiri...

Kadang-kadang...keputusan yang dibuat dahulu kini kembali....menghantui fikiran...

Walau apa pun hidup perlu diteruskan...


Janji kepada diri...untuk buat yang terbaik mungkin...

Selamat kembali bertugas....

Hati-hati ketika memandu..

Adios home sweet home!

Saturday, February 5, 2011

Bila sudah Hilang Baru nak Menyesal.

Manusia tak akan pernah puas dengan yang dimiliki,

Apa yang sudah ada didepan mata,

Tidak akan di sayangi,

Sering di perlekeh,

Sering dilupakan,

Sering diambil mudah.

Sehinggalah ia pergi..

Masa itu...

Sesal sudah tidak berguna...