Pages

Sunday, August 22, 2010

Ilmu di dada. di Bawa sampai ke...?

Org kata ilmu di dada di bawa sampai mati. Tapi gua rasa ilmu kalau setakat belajar kat buku-buku, dalam bilik kuliah, bilik darjah atau pun kat tuisyen center skor A, skor A++ cuma dibawa sampai ke medan peperiksaan saja. Whether you notice or not, ilmu yg korang belajar itu, kemungkinan besar dah dilupakan sebaik saja korang menlangkah ke sem baru.

Tapi kalau ilmu pratical, ilmu dari pengalaman akan dibawa kemana mana saja. Akan diingati di mana mana sampai bila2.. Gua bukan cakap ilmu yg korang belajar dalam kelas tu tak berguna. Nanti ada org ban gua pula, cakap gua gini la gitu la. Tapi kalau korang perasan berapa banyak ilmu yg korang belajar dari sem sebelumnye korang ingat. Gua hari hari dalam bilik, gua tgk gua nyer room mate study. Bangun tidur study, pastu tidur kejap, then study balik. Malam tak tidur, tapi siang tidur. ni gara gara study waktu malam. Sampai ke pagi kot study.

Study sampai pening!!
Bacaaaaaa jer... Guna highlight..pen dan macam macam lagi. Maybe bagi dier itulah cara terbaik untuk die "HAFAL" tapi gua masih berpegang kepada kata2 salah seorg prof gua bahawa se nya baik u faham daripada u hafal. Ini gua nampak yg chinese masuk Uni pun still sama jer stail belajar, iaitu menghafal.

Haizzzz. Gua pun setresss tgk dier org. Ada kawan gua tiap tiap sem dapat dean list. memang la bagus dapat dean list tu. Gua pun rasa best kalau dapat dean list. Tapi gua rasa study tu cuma academic jer.

Memang penting ijazah yg kita akan dapat nanti. Tapi apa yg lebih berharga ialah, Kita belajar bukan setakat nak pass exam. Tapi belajar kerana ilmu itu berharga dan kalau boleh kita kembang kan dan bawa hingga ke akhirat. Long life learning.

Peace out!

No comments:

Post a Comment